Jujurnya, by international standard, saya rasa Amerika punya sex scenes biasa saja la bukannya menyamai hard core pornography pun. Tapi bila ada yang menyebut bahawa semacam sudah ada trend utk adegan telanjang dalam fiksyen melayu dan sperti mengindikasikan supaya 'kebebasan' ini harus digalakkan, saya tiba-tiba timbul rasa bimbang.
Bagaimana kita boleh menetapkan garisan supaya objektifikasi perempuan dan juga lelaki tentunya, tidak diraikan dalam penulisan seseorang?Sedangkan kita maklum bahawa objektifikasi itu dekat juga dengan benda2 macam unhealthy body image dan exploitasi tubuh badan oleh 'dakwah' kapitalis. And dont get me started on sexual frustration.
Serious saya tidak ada problem dengan sex scenes dalam novel cuma sekiranya ianya betul2 ada menyumbang kepada naratif. Seperti yang saya mentioned sewaktu sessi tersebut, saya tak ada masalah dengan Cekik yang lagilah berlambak-lambak erotiknya tetapi dalam Amerika ini saya ada rasa sedikit tak minat. Mungkin saya tak ada masalah dengan Cekik tu sebab rata-rata watak perempuannya dielaboratekan supaya ada akal dan personality, Suria itu misalnya empowered jugalah, pandai jugala orangnya. tetapi dalam Amerika ini watak-watak perempuannya macam tak berapa ada peranan, seperti....seperti ..objek pemuas nafsu saja kot. Ini..ini..ini..membuatkan saya TENSION.
Saya aja ke yang rasa yang Amerika tu at least dalam konteks ini, adalah MISOGYNISTIC?
4 komen:
saya kira watak Ana Dahlia dan juga Aneeta yang wujud dalam Amerika bukanlah watak yang real. perbualan-perbualan Mursyid dengan Aneeta dan Dahlia sebenarnya seperti watak-watak surreal. kerana pada ketika ending cerita tersebut, watak-watak itu sebenarnya seolah-olah menggambarkan watak yang tidak wujud. maka sex scene dalam Amerika bukanlah literally sex scene dalam kata sebenar. tetapi sebagai bahan masturbasi minda. watak Dhalia dan Aneeta ini sebenarnya cuma wujud dalam fikiran Mursyid sahaja.
jadi saya fikir, sex scene itu jadi valid sebab sex scene itu digambarkan sebagai masturbasi intelektual oleh musyid itu sendiri. dia yang seronok bermain dengan pemikiran-pemikirannya sendiri.
Oh ya, macam itu ya? Saya tak dapat tangkap yang Dahlia dan Aneeta surreal. Saya fikir cuma part akhir tu dia bermimpi. Aish, nampaknya saya kena baca untuk kali ketiga.
Tapi masih tidak meng-objekkan perempuan ke, walaupun masturbasi minda?
Setiap karya ada tema utama yang dibawa, dan perlu dilihat secara menyeluruh sebagai sebuah buku. Saya tak akan tulis pasal AMERIKA tapi sedikit tentang CEKIK yang mungkin saudari terlepas pandang.
Memang ya Suria kelihatan bijak (seorang penyarah falsafah senibina), stabil dari segi ekonomi dan dan dan, tapi itu baru dari segi pembentukan karakter. kalau kita lihat CEKIK secara menyeluruh, salah satu tema yang paling kuat ialah betapa kemachoan golongan lelaki diruntuhkan, Syed Warith, Tok Said, Anton, Abang Gemuk, Abang Kurus (betapa twisted-nya mereka) in fact barangkali ada lelaki sensitif aka macho akan mengatakan CEKIK hancur kerana tidak dapat menerima hal ini. Sebab maskulinisme adalah satu konvensyen, tiada maskulinis akan mengatakan ianya satu bentuk misandri yang menghina kaum lelaki. (Bila seseorang lelaki itu cakap sesebuah karya itu misandri, bukankah ianya secara tak langsung mencalar kejantanan mereka?)
Jadi saya fikir saudari dapat menerima CEKIK bukan semata-mata kerana golongan perempuannya dibentuk dengan molek dan tak ditindas (walaupun saya rasa macam pukul semua), melangkaui itu, sebab keruntuhan ego kelelakian itu sendiri. Dan selaku lelaki, ego kelelakian ini melangkaui jasad dengan daging yang terlebih itu, ianya sebuah idea dan boleh disubscribe tidak kira oleh lelaki mahupun perempuan.
Benarkan saya lakukan sedikit kupasan tak bertauliah lagi amateur terhadap sinopsis novel OMBAK RINDU yang saya baca dari Wikipedia.
'Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya?'
Daripada beberapa baris ini, saya dapati ia membawa tema KEBERGANTUNGAN TOTAL SEORANG WANITA TERHADAP LELAKI, mungkin jika ditolak lebih jauh (oleh kerana saya belum baca, dan kupasan ini berlandaskan sinopsis saja, boleh jadi ia salah), dunia seorang wanita hanyalah suaminya semata-mata, suami adalah perkara yang paling penting dalam dunia melangkaui semua benda, malah seorang lelaki diperlukan untuk Izzah keluar dari 'neraka' pelacuran (kenapa tidak dia dengan upaya dirinya keluar?) Izzah juga terpaksa menjadi pelacur walaupun hatinya tak rela (sekali lagi di manakah letaknya daya upaya dirinya?) dan kemudian Izzah ini perlu berkorban kepada suaminya seorang saviour, seorang penyelamat, bersentimental dengan jasa sakral, hidup bermadu dengan model dan pelakon terkenal tanah air aka 'pelacur elitis'. Berlawanan dengan CEKIK, kini ia meraikan ego kelelakian dan betapa submissive-nya seorang Izzah yang perempuan, yang lemah, yang hina, yang memenuhi di neraka, dan yang kurang daging itu (maaf terchauvinis pula dengan daging yang lebih ini :-)
Untuk AMERIKA saya tidak kisah jika ia ada unsur misoginistik atau tidak, malah gebang 'kebadigolan jamak' adalah satu bentuk misantropi itu sendiri, Lebih penting dari itu, apakah tema utama yang dibawa? Jika benar misogini ini salah satu thematic message besar yang dibawa AMERIKA, maka saya perlu segera bertaubat nasuha.
-RS
P/s: Tension sekali-sekala tak apa.
Ridhwan,
Saya perasan juga dengan tema keruntuhan machosim itu. Ya mungkin, itu juga sebabnya saya senang dengan 'Cekik'.
Dan pasti sekali dalam 'Amerika', misogini itu bukanlah tema utama, tapi saya kira dalam karya surreal(?) seperti saudara ini, memang sudah menjadi kebiasaan supaya perempuan diobjekkan kot. Tapi yalah, itu bukan tema utama.
Nampaknya saya aja yang terlebih2 fikir fasal sex scenes ni kan. Sihat kot atau mungkin harus lebih kerap berpuasa sunat!
Catat Ulasan