Saya cenderung untuk merasakan sekurang kurangnya separuh bangang pasca membaca Amerika. Terutama bila saya lihat pemahaman dan interpretasi saya tidak sama dengan orang lain. Tetapi bila membaca saya membawa pengalaman dan pengetahuan saya sendiri, (ini dari quote yang famous juga) jadi saya akan berhenti seketika niat mengulangbaca Amerika. Bukan kerana Amerika tidak layak utk diulangbaca, tetapi sebab diri saya sendiri - ego saya tercalar kerana interpretasi saya sedikit tidak sama dgn org lain mungkin, dan melambangkan betapa saya tidak yakin dengan keupayaan diri untuk berpendapat, seolahnya berbezanya saya itu adalah sesuatu yang sial. Kelakuan tak sihat sebegini pada saya memudaratkan jadi ia perlu berhenti, sekurang-kurangnya pada ketika ini. Ironi juga untuk ini berlaku dengan Amerika yang tidak meraikan wakil naratif agung selepas pascamoden (bernanah mata Ridhwan Saidi baca ini! hahaha)
Jika saya mengulangbaca Amerika saya semestinya akan mencari semula bab-bab perumpaan lima jari manusia dan ajaran Syeikh Siti Jenar dekat hujung. Ini adalah antara yang saya tak berapa nak hadam. Saya akan baca sekali lagi sebab saya memang minat mahu faham perkara-perkara isoterik macam ini.
0 komen:
Catat Ulasan