Ya Maher Zain Syiah, tetapi sumbangan beliau untuk masyarakat dan umat Islam tidak boleh dinafikan lagi. Baik dari kerja nyanyian ataupun ihsan wang ringgit. Sumbangan Maher Zain seorang TIDAK TERBANDING langsung dengan dakwaan-dakwaan yang boleh diragui niatnya oleh beberapa kerat SUNNI tertentu.
Terima kasih Tuhan. Terima kasih Maher Zain. Walaupun jelas keletihan dan seperti 'diperah' pada hari kedua, penonton tidak hilang penghayatan mendengar alunan memuji Tuhan dan Rasul, perit jerih Palestin serta pejuang-pejuang kebebasan di Tunisia, Mesir dan Libya. Muzik live (anak tempatan jika tidak silap) sangat menggamamkan, ditambah dengan permainan visual dan cahaya yang berkesan. Dan selama ini saya cuma berfikir bahawa saya cuma boleh berpuas hati dengan konsert rock!
Artis jemputan juga tidak kurang hebat. Irfan Makki bukan selera saya tetapi Mesut Kurtis memang WOW!
Dengarnya Maher Zain akan datang lagi ke Istana Budaya bulan April nanti tetapi dengarnya juga pada bulan yang sama beliau akan berehat kerana mahu berada di sisi isteri untuk kelahiran anak pertama. Kasihan peminat yang tertunggu-tunggu.
Sedikit komen, kalau boleh pada masa hadapan, pohon supaya penganjur lebih menepati masa. Kamu semua LEWAT SATU JAM. Kasihan pada anak-anak kecil, tidur kepenatan semuanya. Kaunter menuntut tiket juga mula dibuka LEWAT SATU JAM berbanding maklumat sewaktu pembelian. Pohon perbaiki, ya.

0 komen:
Catat Ulasan